Assalamualaikum

Friday, June 11, 2010

Sungai Dalam Laut............

Map of cenote Angelita in Tulum
Riviera Maya

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Al Furqan:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang asin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu. (Al-Rahman:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus. (Al-Rahman:20)
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air asin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. (Al-Rahman: 22)
Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Sunday, June 6, 2010

Kasih Sayang Pengubat Duka


Keluarga bahagia... Saifurain's Family....
Ayah, Mama n Tyha..
Sangat Merindui Ayah & Mama ketika ini, hehe padahal ma baru je call tadi... Semoga Ayah dan Mama Selamat dan Selamat menunaikan Umrah.. Hurm terfikir sejenak bila pulak akan tiba giliran ku di sana, Ya Allah Moga hajatku tercapai... Meninggalkan keduniaan sementara utk beribadah kepadaNya pastinya membuatkan hati2 ini lebih tenang...

Buat Ayah, yang penyayang, penyabar & super cool.. hehehe
Rindunye tyha ngan ayah kan.. kan... Bila nak cuti ni huhuhu nak balik.. Hati seakan meronta, otak seakan menjerit meminta utk rest, tapi tyha perlu teruskan perjuangan kan Ayah.. am i right..??? hehehe Ayah semestinya nak tengok tyha berjaya dan mengenggam segulung ijazah or more then ijazah kan ayah... InsyaAllah tyha akan usaha... Motivasi dari ayah amatlah dialu-alukan hehehe...

Buat Mama...
Yang sentiasa Sabar layan karenah tyha kan ma.. hehehe.. Maaflah anak mama ni nakal sikit.. Mama yg x jemu2 menasihati n memberi moral support.. Tyha Study rajin2 ye... tyha study tau.. tyha study dulu... Tyha jgn lupa study.. hehehe betol x ma..?? atau ada ayat yg tertinggal lagi...?? hehe. Itulah yg menguatkan semangat tyha utk teruskan pejuangan ini.. Thx mama..
Allah itu maha adil... Tyha bersyukur dengan anugerahNya... Thx Ayah, Thx Mama... Tyha always love u....

Friday, April 30, 2010

Exam...!!! Exam...!!!


Jadual Exam Ku.....

22 April 2010
CTU 553
Hubungan Etnik
Ustz Wan Abd Aziz Wan Yaakub
Dewan Sri Budiman
9.00am - 11.00am

25 April 2010
SRN 602
Nutrition For Sport Perfomance
En. Mohd Razali B. Mohamed Salleh
Dewan Raja Muda Syksn 7
9.00am - 12.00pm

29 April 2010
SPS 606
Motor Control & Learning
En. Hosni B. Hasan
Dewan Sri Budiman
2.00pm - 5.oopm

2 Mei 2010
SPS 451
Physical Fitness & Wellness
YM Raja Mohammed Firhad Bin Raja Azidin
Dewan Annex
2.00pm - 5.00pm

4 Mei 2010
SPS 455
Introduction To Sport Biochemistry
Mr Mahendran Appukutty
Bk 8
9.00am - 12.00pm

7 Mei 2010
SPS 453
Psychology Of Sport Perfomance
Tn. Hj Abd Aziz B. Zakaria
Bk 8
8.30am - 11.30am

Tuesday, March 23, 2010

Salah laku seksual remaja Melayu – Di manakah jalan penyelesaiannya?


Kes A

Gadis A, berumur 16 tahun didapati kerap berkeadaan murung. Apabila ditegur oleh ibunya, A cuba mengelak. Namun keadaan perutnya yang semakin membuncit menyebabkan sukar untuk A menyimpan rahsia tersebut. A melarikan diri dan tinggal bersama keluarga angkatnya di ibu kota. Beliau hanya dibawa ke hospital untuk melahirkan kandungannya ini.

Kes B

Gadis B, berumur 18 tahun adalah seorang pelajar kolej swasta yang sangat aktif. Akibat ketelanjuran bersama teman lelakinya, B disyaki mengandung. Ujian kencing yang dibuat di sebuah klinik swasta mengesahkan bahawa B telah pun hamil dan kandungan janin kembar telah pun disahkan melalui ujian ultrasound. B cuba untuk menyembunyikan kandungannya sehingga terpaksa ponteng kuliah. Rahsianya terbungkar apabila B melahirkan kandungan kembarnya yang pramatang di dalam tandas asrama kolej tersebut.

Kes C

Gadis C, berumur 15 tahun adalah seorang pelajar sekolah menengah. Beliau ditahan oleh pasukan polis kerana disyaki membuang bayinya apabila mayat seorang bayi yang baru sahaja meninggal dunia ditemui kira-kira 100 meter daripada rumahnya. Walaupun C menafikan dakwaan tersebut, pemeriksaan kesihatan telah mengesahkan bahawa beliau mempunyai banyak tanda-tanda bahawa gadis C baru sahaja melahirkan kandungannya.

Pendahuluan

Begitulah sebahagian daripada ratusan kes senario yang pernah saya depani berlaku akibat salah laku seksual remaja. Berita seumpama ini semakin kerap dilaporkan di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Orang ramai pula semakin risau dan mula bersuara walaupun majoritinya masih buat tidak kisah terhadap gejala sosial yang semakin merebak ini.

Statistik

Kita tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil di Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahan ini menjadi semakin parah. Malahan saya pernah berhadapan dengan 3 kes remaja yang hamil yang hampir melahirkan anak ketika mereka hanya berumur 13 tahun. Dinisbahkan sebagai pelajar sekolah menengah, mereka baru berada di tingkatan satu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 21hb Mac 2010. Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.

Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

Punca-punca Kejadian

Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan. Ada yang menyalahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.

Ada yang mengatakan gejala pembuangan bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja. Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

Cadangan Jalan Penyelesaiannya

Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya.

1- Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Para ibu bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk mereka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi menjadi bubur.

2- Peranan Remaja

Remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.

3- Peranan Masyarakat Awam

Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu.

Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.

4- Peranan NGO

NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghalatujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.

5- Peranan Guru dan Sekolah

Guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa akan datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.

6- Peranan Kementerian Pelajaran

Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (GPPKRSK) dengan peruntukan RM20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi memastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu bapa dalam memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya.

Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan remaja.

7- Peranan Media

Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Remaja begitu terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.

8- Peranan Parlimen

Permasalahan salah laku seksual remaja dan belia kini sudah sampai ke tahap yang kritikal. Isu ini mestilah dibincangkan secara serius di peringkat parlimen tanpa memandang kepada mana-mana latar belakang parti politik. Ahli politik dan ahli parlimen mestilah mengenepikan pandangan peribadi dan kepartian bagi menangani isu nasional ini. Permasalahan remaja dan belia ini adalah agenda bersama yang mesti diperjuangkan oleh semua pihak.

Penutup

Remaja dan belia adalah agen perubahan. Remaja dan belia hari ini adalah pemimpin yang akan memimpin negara di masa akan datang. Permasalahan remaja hari ini yang semakin kritikal memerlukan usaha yang menyeluruh lagi bersepadu daripada semua pihak. Bukanlah masanya yang tepat untuk kita menuding jari kepada pihak-pihak yang tertentu bagi memikul beban dan tanggungjawab ini. Ini adalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua sebagai agenda bersama.

Prof. Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.

Thursday, February 4, 2010

HaiWan Pelik....

Red panda...aduh..klau panda pon spesis terancam..die ni spesis terancam sangat

Narwal ala-ala unicorn..tu dia..Berhati-hati dilautan ye!!!
Hag fish??? lebih kurang cam singa laut la...tp lagi ganas kot
Dumbo octopus..juz call it dumbo..tapi bukanlah bermkne sotong yang mempunyai IQ yang rendah.
Ade potensi untuk market "binantang peliharaan" ^o^


angora...spesis arnab bukan biri-biri dan buka juga anjing..!
Blop Fish..ikan bermuka sedih, x boleh di makan.. bnyak ditemui di laut dalam. tapi skrg dah hampir pupus
Alpaca unta katek! x boleh ditunggang...
"ayeaye " ayam-ayam?? aeiou??? "nama diambil sempena bunyinya"
Sedap gak nama dia kan...??
ajolote - Unexplained-mysteries
Badannya mirip ular tapi ada dua kaki di depannya. Sesiapa yang pertama kali melihatnya, pasti akan takut dan geli melihatnya. Binatang reptilia ini adalah satu-satunya yang terdapat di dunia ini. Haiwan yang menyerupai ular ini diberi namanya Ajolote dan berasal dari Mexico. Hidupnya di dalam tanah. Biasanya kaki depannya itu digunakan untuk menggali tanah.

Koleksi Gambar Haiwan Pelik Dalam Dunia

PNF Streching...

What is PNF Stretching?
Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) is a more advanced form of flexibility training that involves both the stretching and contraction of the muscle group being targeted.

PNF stretching was originally developed as a form of rehabilitation, and to that effect it is very effective. It is also excellent for targeting specific muscle groups, and as well as increasing flexibility, (and range of movement) it also improves muscular strength.

Warning!
Certain precautions need to be taken when performing PNF stretches as they can put added stress on the targeted muscle group, which can increase the risk of soft tissue injury. To help reduce this risk, it is important to include a conditioning phase before a maximum, or intense effort is used.

Also, before undertaking any form of stretching it is vitally important that a thorough warm up be completed. Warming up prior to stretching does a number of beneficial things, but primarily its purpose is to prepare the body and mind for more strenuous activity. One of the ways it achieves this is by helping to increase the body's core temperature while also increasing the body's muscle temperature. This is essential to ensure the maximum benefit is gained from your stretching.

How to perform a PNF stretch
The process of performing a PNF stretch involves the following. The muscle group to be stretched is positioned so that the muscles are stretched and under tension. The individual then contracts the stretched muscle group for 5 - 6 seconds while a partner, or immovable object, applies sufficient resistance to inhibit movement. Please note; the effort of contraction should be relevant to the level of conditioning.

The contracted muscle group is then relaxed and a controlled stretch is applied for about 30 seconds. The muscle group is then allowed 30 seconds to recover and the process is repeated 2 - 4 times. Refer to the diagrams below for a visual example.

pnf-stretch taken from The Stretching Handbook

The athlete and partner assume the position for the stretch, and then the partner extends the body limb until the muscle is stretched and tension is felt.

pnf-stretch taken from The Stretching Handbook

The athlete then contracts the stretched muscle for 5 - 6 seconds and the partner must inhibit all movement. (The force of the contraction should be relevant to the condition of the muscle. For example, if the muscle has been injured, do not apply a maximum contraction).

pnf-stretch taken from The Stretching Handbook

The muscle group is relaxed, then immediately and cautiously pushed past its normal range of movement for about 30 seconds. Allow 30 seconds recovery before repeating the procedure 2 - 4 times.

Information differs slightly about timing recommendations for PNF stretching depending on who you are talking to. Although there are conflicting responses to the question of how long should I contract the muscle group for and how long should I rest for between each stretch, I believe (through a study of research literature and personal experience) that the above timing recommendations provide the maximum benefits from PNF stretching.

Stretching is one of the most under-utilized techniques for improving athletic performance and getting rid of those annoying sports injuries. Don't make the mistake of thinking that something as simple as stretching won't be effective.

p/s: PNF streching ni juga sesuai untuk rehab for injury, sesuai gak untuk orang tua2 dan lepas penat kerja seharian, next step will continue....