Mata Halimah berair-air dan pedih. Seketika kemudian dia sudah seperti orang yg menangis lalu dia mengesat matanya dengan baju kurung yang diapakinya. Tetapi matanya tetap pedih dan sukar untuk dicelikkan. Dia mula meletakkan pisau dan bawang yg sedang dikupasnya sebentar bagi meredakan matanya yg pedih itu.
Wahai kaum Wanita, tahukah anda RAHSIA kelebihan orang yang mengupas bawang? Orang yg pedih matanya hingga mengalir air mata ketika mengupas bawang sama ganjarannya seperti org menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah SWT.
Sebenarnya ramai kaum Wanita yang tidak tahu akan nikmat kejadian tersebut dan ganjaran yg Allah SWT sediakan. Akibat daripada itu ramai yang tidak gemar untuk membuat kerja-kerja di dapur. Maka tugas-tugas di dapur dianggap rendah dan hanya layak untuk dibuat oleh tukang masak atau diserahkan kepada orang gaji sahaja.
Bagi mereka yang tidak tahu hikmahnya, tugas-tugas seperti ini diperlecehkan. Kadangkala isteri lebih suka suami membeli makanan yang telah siap dimasak di kedai, dengan alasan untuk menjimatkan masa dan belanja. Cuba tanya pada diri kita, mudahkah kita menangis kerana takut kepada Allah SWT semata-mata? Ternyata tidak ramai di antara kita yang boleh berbuat demikian. Allah lebih mengetahui akan kelemahan hambaNya tetapi dengan Rahmat dan Kasih sayangNya, Dia tetap menyediakan pahala daripada jalan yang lebih mudah untuk kita lakukan. Betapa Allah muliakan kerja-kerja Wanita itu hingga meletakkan darjat mereka sama seperti orang yang menangis kerana takutkan- Nya.
Pernah suatu ketika Rasulullah berkata kepada anaknya Saydatina Fatimah: " Wahai Fatimah, setiap Wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang umtuk dimasak kepada ahli rumahnya, maka Allah SWT akan mencatitkan pahala sebanyak yang diberikan-Nya kepada orang yang menangis kerana takutkan Allah."
Demikianlah gambaran kelebihan darjat kaum Wanita dan betapa mudahnya jalan yang disediakan oleh Allah SWT untuk mereka ke syurga. Hanya satu sudut kecil sahaj yang dilakukan dan nampaknya remeh tetapi sudah pun mendapat pahala yang besar.